Dzulkifli Ahmad

KUALA LUMPUR – Pemeriksaan yang dijalankan di pejabat Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD) adalah proses biasa dalam siasatan yang dijalankan.

Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad hari ini mengesahkan pihaknya telah ke pejabat pengerusi sementara SPAD di KL Sentral pada pukul 11 pagi.

Mereka dilihat keluar selepas sejam kemudian.

“Bila kita tangkap orang tu, kita akan pergi (membuat) pemeriksaan di rumah dan pejabat. Itu proses biasa dalam siasatan yang kita jalankan,” ujar Dzulkifli.

Semalam, SPRM telah menyerbu tiga kediaman Mohd Isa di Linggi, Senawang dan Bandar Baru Nilai.

Kedatangan pegawai-pegawai SPRM itu bagi mengambil beberapa dokumen berhubung pembelian dua hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak dan Kensington, London.

Dzulkifli juga mengesahkan penahanan Mohd Isa adalah berhubung isu FIC dan bukan Felda Global Ventures Berhad.

Mengulas dakwaan kononnya penahanan itu bertujuan mengalih kemarahan rakyat, Dzulkilfi berkata: “Mereka boleh kata apa yang mereka mahu, bukan senang kami berlakon dan biarkan rakyat menonton. – MalaysiaGazette

Comments are closed.