Pasukan penyelamat di sebuah hotel yang terbakar di daerah Aziziya, Makkah, foto AFP

JEDDAH – Sebuah hotel di bandar Mekah yang menjadi penginapan jemaah haji terbakar hari ini.

Jurucakap pertahanan awam, Nayef al-Sharif berkata, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu.

Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada penghawa dingin di tingkat kelapan di hotel yang terletak di daerah Aziziya, Mekah.

Semua 600 penghuni, kebanyakannya berasal dari Turki dan Yaman yang menduduki hotel berkenaan pada musim haji di telah dipindahkan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast