SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) hari ini membuat serbuan ke atas Universiti Selangor (Unisel) dan beberapa tempat lain yang berkaitan dengan institusi pengajian tinggi itu.

Akhbar The Star melaporkan antara premis yang terlibat dalam serbuan tersebut ialah pejabat Menteri Besar Incorporated (MBI) dan Jana Niaga Sdn Bhd.

Tindakan itu dipercayai berikutan laporan ke atas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan MBI berhubung pertikaian antara Unisel dan Jana Niaga.

Seramai enam anggota SPRM dilaporkan berada di kampus Unisel di Shah Alam kira-kira jam 9.50 pagi hari ini dan disambut kakitangan universiti itu sebelum dibawa ke bangungan pengurusan.

Terdahulu, syarikat Jana Niaga dituduh menerima bayaran walaupun gagal memenuhi kontraknya bersama Unisel.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast