KUALA LUMPUR – Harga jualan runcit untuk bahan api petrol tidak berubah minggu ini tetapi harga diesel menyaksikan penurunan lagi.
Petrol RON95 kekal pada harga RM2.15 sen seliter manakala RON 97 juga terus dijual pada harga RM2.43 sen seperti minggu sebelum ini.
Namun harga diesel pula kali ini menyaksikan penurunan sebanyak 3 sen menjadi 2.01 sen seliter.
Harga baharu bahan api itu akan kekal dari 24 Ogos hingga 30 Ogos 2017 ini.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini mengumumkan harga runcit baharu untuk bahan api petrol dan diesel.
Harga baharu bagi bahan api petrol dan diesel akan berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam ini. – MalaysiaGazette