Badrul Hisham Shaharin

KUALA LUMPUR – Bekas ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham Shaharin mendakwa Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin bakal meletakkan seorang blogger pro pembangkang sebagai calon parti itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek, Melaka pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) kelak.

Dakwaan itu dibuat Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard dalam Facebook beliau hari ini.

Menurut Chegubard, beliau menerima satu panggilan daripada seorang sahabat dalam jentera PKR mendakwa nama blogger berkenaan akan diangkat sebagai calon PKR.

“Dia mengeluh katanya blogger yang cari makan dengan menipu dan fitnah masuk PKR ampu Zuraida dapat jadi calon di Melaka,” katanya.

Dipercayai Chegubard merujuk kepada Syarul Ema Rena Abu Samah atau Ratu Naga yang kini menyertai PKR.

Dalam pada itu, Zuraida turut dipercayai akan meletakkan anak perempuan beliau sebagai calon parti itu di Parlimen Pasir Salak.

“Zuraida juga namakan anak perempuan dia sebagai bakal calon PKR di Pasir Salak,” tulis Chegubard.

Zuraida kini memegang jawatan Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) disamping Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku Pengarah Pilihan Raya PH.

Kerusi Parlimen Pasir Salak dipegang Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.