Pemimpin di Haryana Gurmeet Ram Rahim Singh didakwa di mahkamah atas kesalahan merogol dua pengikut wanitanya. - Reuters

PANCHKULA, INDIA – Protes ganas meletus di negeri Haryana mengakibatkan sekurang-kurangnya 29 orang awam terbunuh, lapor Reuters.

Rusuhan itu tercetus selepas Mahkamah Haryana membicarakan seorang pemimpin berpengaruh negeri itu yang didakwa merogol dua wanita.

Keputusan mahkamah itu telah mengakibatkan kemarahan ribuan penyokong individu berpengaruh itu yang mendakwa pemimpinnya tidak bersalah, kata Ketua Menteri Manohar Lal kepada Reuters.

Gurmeet Ram Rahim Singh, selaku Ketua Kebajikan Sosial dan Kumpulan Spiritual, didapati bersalah merogol dua pengikut wanita di ibu pejabatnya di Utara bandar Sirsa.

Penyokongnya yang mengganas ekoran keputusan mahkamah telah menyerang stesen keretapi, stesen minyak dan van penyiaran televisyen di bandar di utara negeri Punjab dan Haryana, menurut saksi kepada Reuters.

Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh di Panchkula tempat dimana mahkamah membicarakan kes itu dan lebih 200 orang awam tercedera di negeri Haryana.

“Kami cuba mengelak sebarang rusuhan berlaku dalam semua cara yang mampu, tetapi penyokongnya yang protes telah bertindak di luar kawalan,” kata Manohar.

Para penyokong Gurmeet Ram Rahim Singh terlibat dalam protes jalanan dengan merosakkan harta benda awam selepas pemimpinnya didakwa merogol dua pengikutnya semalam. Foto: Reuters

Katanya, kesemua yang tercedera diberi rawatan di hospital kerajaan.

Hampir puluhan kereta awam dibakar di bandar Panchkula dan badan orang awam yang berdarah ditemui di atas jalan.

Lebih 500 anggota tentera digerakkan untuk mengawal keadaan yang kini kembali normal,” menurut Setiausaha Dalam Negeri Pusat Rajiv Mehrishi di New Delhi.

Gurmeet Ram akan menjalani hukuman penjara 7 tahun bermula Isnin ini yang mana lebih ramai penyokongnya dijangka terus mengganas di atas jalan.

Tertuduh tidak mengaku bersalah dalam dakwaan itu dan meminta para penyokong di luar bertenang tanpa terlibat dalam keganasan.

Peguambelanya A.K.Dhir mendakwa anak guamnya tidak bersalah dan penyokongnya berhak meluahkan perasaan mereka.

Protes turut tercetus di Punjab,New Delhi dan negeri jiran Rajasthan.

Penyokong Gurmeet juga telah membakar beberapa buah bas awam dan dua gerabak keretapi.

Sementara, polis telah menahan lebih 1,000 ahli Kumpulan Gerakan Sacha Sauda yang digerakkan oleh Gurmeet Ram selama ini.

Perdana Menteri Narendra Modi mengarahkan pihak berkuasa Pusat dan negeri melaksanakan undang-undang yang patut untuk meredakan keadaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast