TEXAS – Penghuni pusat jagaan orang tua di Dickinson, Texas antara yang terperangkap dalam kejadian banjir akibat taufan Harvey.

Bagaimanapun kesemua mereka telah berjaya diselamatkan setelah menanti agak lama.

Dalam sekeping gambar yang tersebar diinternet menunjukkan penghuni pusat jagaan La Bella Vita sedang menunggu dalam air bantuan.

Kim McIntosh yang tinggal di Florida memberitahu CNN, gambar itu diambil oleh ibunya yang merupakan pemilik pusat jagaan itu.

“Emak saya menghantar gambar pada pukul 9 pagi tadi dan mereka masih menunggu helikopter bantuan,” beritahu McIntosh semalam.

Dia turut memberitahu, kebanyakkan penghuni di situ menggunakan kerusi roda dan bantuan pernafasan oksigen.

Sementara itu, Pengurusan Kecemasan Daerah Galveston, mengesahkan kesemua penghuni telah diselamatkan pada petang Ahad.

“Antara 20 hingga 25 telah diselamatkan,” kata Pesuruhjaya daerah Galveston, Ken Clark kepada CNN.

Clark memberitahu, pegawai penyelamat berhadapan dengan bencana banjir yang besar dan mereka menghadapi kekurangan peralatan dan pekerja.

Ujarnya lagi pihaknya menerima lebih 1,000 permintaan untuk pemindahan dan menyelamat.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast