Gerald Ridsdale

CANBERRA – Seorang paderi pedofil Australia yang paling terkenal dan prolifik, Gerald Ridsdale, meninggal dunia dalam penjara pada usia 90 tahun

Ridsdale telah dipenjarakan sejak 1994 kerana mencabul dan mendera lebih 70 kanak-kanak di tengah dan barat daya Victoria dan dijatuhkan hukuman buat kali kelapan pada 2023.

Sebanyak 62 pertuduhan baharu kemudiannya dikenakan terhadap Risdale pada 2024.

Bekas paderi Katolik itu berkhidmat di barat Victoria selepas ditahbiskan pada 1961 dan berkhidmat di 16 kariah yang berbeza di seluruh negara.

Sepanjang 30 tahun berkhidmat Risdale telah dipindahkan oleh gereja ke kariah yang berbeza, berikutan aduan pencabulan yang dilakukannya.

Ridsdale pertama kali dijatuhkan hukuman atas pencabulan kanak-kanak di kariahnya pada 1993, mengaku bersalah atas berpuluh-puluh pertuduhan berkaitan penderaan seksual 72 individu.

Kesihatan Ridsdale merosot pada tahun-tahun terakhirnya, dan dia hanya dapat menghadiri perbicaraan mahkamahnya melalui pautan video.

Pada 2022, Ridsdale terjatuh di dalam selnya di Pusat Koreksional Hopkins, dan dibiarkan terbaring di atas lantai selama berjam-jam sebelum dia ditemui.

Dia dibiarkan terikat di atas katil, mengalami sakit kronik, otot yang merengkok dan kelemahan anggota badan.

Jenayah Ridsdale didedahkan satu suruhanjaya diraja dalam respons institusi terhadap penderaan seksual kanak-kanak bahawa beberapa ahli gereja menyedari kesalahannya tetapi telah membenarkan beliau terus melakukan pencabulan.

Suruhanjaya mendapati mangsa Ridsdale mungkin menjangkau ratusan dan mendiang Kardinal George Pell menyedari penderaan itu menjelang 1982.

Laporan itu mendedahkan Ridsdale menggunakan kedudukannya di gereja untuk rapat dengan keluarga mangsanya.

Dalam perbicaraan hukuman 2020, seorang hakim berkata jenayah Ridsdale sangat “menghakis” kepada mangsa dan masyarakat, hukuman penjara tambahan adalah wajar.-Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast