MIRI – Pengusaha hotel kini mesti mempamerkan kadar Cukai Pelancongan yang berasingan daripada kadar bilik berikutan pelaksanaan Cukai Pelancongan berkuat kuasa hari ini.

Setiausaha Agung Kehomat Persatuan Hotel Malaysia (Bahagian Sarawak) John Teo Peng Yew berkata ia adalah antara prosedur baharu yang perlu dipatuhi pengusaha hotel susulan pertemuan dengan Kementerian Kewangan dan Kastam Diraja Malaysia baru-baru.

“Tiada pengecualian bagi tinggal lama, penginapan percuma misalnya menerusi kongsi masa atau program kesetiaan, dan cukai ini tidak dikenakan GST,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berkuat kuasa hari ini, pelancong asing yang tinggal di hotel dan resort di Malaysia akan dikenakan bayaran purata RM10 sebilik semalam.

Mengenai pengecualian, beliau berkata pengecualian cukai pelancongan adalah bagi penduduk tempatan dan penduduk tetap Malaysia yang menginap di hotel dan resort di negara ini.- BERNAMA