KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan berhubung pembunuhan seorang lans koperal berusia 29 tahun di balai polis Petaling Jaya awal pagi semalam

Lelaki berusia 30an itu dipercayai ditahan ketika berada dalam pesawat yang bersedia untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Sibu, Sarawak, petang semalam.

Mangsa, L/Kpl Valentino Mesa ditemui berlumuran darah oleh anggota polis semasa melakukan habis melakukan rondaan di balai polis Pinggiran Subang sekitar jam 3.25 pagi.

Difahamkan, Mesa bertugas berseorangan di balai polis berkenaan ketika itu.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, siasatan setakat ini tidak menemui sebarang bukti berkaitan isu peribadi seperti hutang.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan mangsa mengenali penyerangnya kerana dia ditembak pada jarak dekat.

“Kami juga tidak menolak kemungkinan terdapat lebih daripada dua penyerang semasa kejadian tersebut,” katanya. – MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast