Salah sebuah stesen minyak yang dinaiki air di Rose City, Texas selepas dilanda Taufan Harvey. foto Agensi

NEW YORK – Harga runcit petrol Amerika Syarikat melonjak ke paras tertinggi dua tahun selepas Taufan Harvey melanda seluruh teluk Texas.

Taufan itu juga menyebabkan laluan perkapalan global dan sebahagian kilang minyak Amerika Syarikat terjejas.

Talian paip minyak utama ke Timur Laut dan Midwest Amerika Sarikat ditutup atau terputus menyebabkan kekurangan bekalan, mendorng purata harga runcit melonjak kepada AS$ 2.519 segelen, tertinggi sejak Ogos 2015.

Taufan Harvey ‘merempuh’ seluruh pantai Teluk Texas yang menjadi lokasi industri minyak dan gas Amerika Syarikat, sekali gus memberi kesan kepada pasaran bahan api global memandangkan ia menghasilkan kira-kira 4.4 juta tong kapasiti penapisan sehari, lebih banyak daripada penggunaan Jepun.

Perjalanan tangki-tangki yang membawa berjuta-juta tong minyak telah dipindahkan semula ke Amerika untuk mengelakkan kekurangan bekalan.

Margin penapisan Eropah mencecah paras tertinggi dua tahun di tengah-tengah lonjakan eksport, termasuk kargo bahan api pesawat.

Taufan yang menyebabkan hujan dan banjir, dijangka berlarutan untuk beberapa minggu, kemungkinan berbulan-bulan.

Gabbenor Texas mengesahkan setakat ini bekalan petrol belum lagi kehabisan meskipun wujud isu penapisan.

Sementara itu, Setiausaha Tenaga Amerika Syarikat meluluskan pengeluaran rizab minyak mentah sebanyak 3.5 juta tong kepada satu juta tong.

Sementara itu paip minyak dari pantai teluk Amerika Syarikat ke Midwest dijangka beroperasi semula ke paip utama pada hari Ahad atau Isnin ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast