HOUSTON – Satu kebakaran baharu berlaku di sebuah loji kimia yang terkena banjir di Texas selepas Taufan Harvey melanda kawasan tersebut semalam menyebabkan kepulan asap tebal membentuk ke udara.

Pegawai-pegawai di loji Arkema di Crosby, timur laut Houston, telah meninggalkan bahan-bahan kimia tersebut dalam sembilan trak bersaiz kontena selepas berlakunya taufan yang telah menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Bahan-bahan kimia tersebut adalah peroksida organik yang digunakan dalam pembuatan plastik dan lain-lain.

Visual televisyen tempatan semalam menunjukkan terdapat kebakaran dan asap tebal hitam menyelebungi kawasan berkenaan.

“Ini merupakan tindak balas yang kami telah jangkakan,” kata seorang pekerja loji kepada AFP.

Katanya, langkah-langkah perlu telah diambil dan kawasan tersebut telah dikosongkan.

Kontena pertama yang terbakar itu rentung dalam tempoh sembilan jam pada malam Rabu lalu.

Ini menyebabkan ratusan penduduk terpaksa dipindahkan dalam radius 2.4 kilometer dari kawasn loji.-MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast