Home Asnb Peruntukan RM77j untuk tambah akauntan bumiputera

Peruntukan RM77j untuk tambah akauntan bumiputera

Abdul Wahid Omar

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Berhad (PNB) memperuntukan sejumlah RM77 juta untuk program Akauntan Bertauliah PNB dalam usaha meningkatkan 1,000 akauntan profesional bumiputera di negara ini menjelang tahun 2022.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, penglibatan bumiputera sebagai akauntan profesional pada masa ini adalah 8 peratus sahaja.

Sedangkan, profesional itu amat versatile dan diperlukan oleh semua syarikat dan organisasi, oleh itu ia merugikan bumiputera.

Lantaran itu, PNB melaksanakan program ini dengan agresif sekali bagi mewujudkan 1,000 akauntan baharu berbanding 1,600 yang ada sekarang ini,” katanya di sini.

Sejak dilancarkan, program ini disertai oleh 391 orang calon.

Abdul Wahid menegaskan, program ini perlu dilaksanakan kerana impaknya besar kepada negara dan bumiputera.

“Bagi kami tidak ada kekangan yang tidak boleh diselesaikan, selagi kita bertekad. Saya percaya jika ada program pencerahan yang betul, lebih ramai yang akan tahu (tentang perakaunan) dan buat keputusan sendiri.

“Ramai bumiputera yang tidak didedahkan dengan profesion perakaunan, tidak tahu kerja apa, betul ke susah.

“Sebaliknya mereka didedahkan dengan kesusahan (perakaunan), ramai tidak lulus.

“Sedangkan ada lima pelajar bumiputera yang berjaya mendapat anugerah dunia…kalau diberi dorongan dan pendidikan bersesuaian, ia boleh,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast