Petroliam menerusi anak syarikatnya, Petronas LNG Ltd. berjaya menghantar gas asli cecair (LNG) ke South Korean Oil Refining Company (S-Oil Corporation).

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) hari ini menafikan laporan media yang mengatakan ia berminat untuk membeli pegangan besar dalam syarikat Korea Selatan, Daewoo Engineering & Construction Co. (Daewoo E&C).

Petronas dan Aramco merupakan antara pembeli berpotensi untuk memiliki pegangan sebanyak 50.75 peratus dalam Daewoo E&C dalam satu urusniaga bernilai 2 trilion won (AS$1.78 bilion), kata akhbar Korea Selatan, Maeil Business Newspaper, semalam.

“Petronas tidak mempunyai hasrat untuk melibatkan diri dalam urusniaga berkenaan dan justeru menafikan laporan tersebut,” kata jurucakap syarikat tersebut dalam satu kenyataan yang diemelkan kepada Reuters.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast