Wisma Putra

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Malaysia merakam ucapan takziah dan simpati kepada keluarga Konsul Kehormat Malaysia ke Republik Madagascar, Houssenaly Zahid Raza, yang meninggal dunia di Antananarivo, Madagascar pada 24 Ogos lalu.

Wisma Putra dalam kenyataannya berkata, Houssenaly adalah seorang ahli perniagaan yang dihormati dan berjaya di Madagascar.

Beliau pertama kali dilantik sebagai Konsul Kehormat Malaysia di Madagascar pada Disember 2013 untuk tempoh tiga tahun.

Hossenaly meninggalkan isteri dan tiga orang anak.

“Berdasarkan prestasi cemerlang dalam menjaga dan mempromosikan kepentingan Malaysia di republik itu, kerajaan Malaysia memperbaharui kontraknya untuk jawatan selama tiga tahun lagi sehingga Disember 2019,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast