Home Utama Malaysia kutuk ujian nuklear Korea Utara

Malaysia kutuk ujian nuklear Korea Utara

Pengarah Meteorologi Korea, Lee Mi-seon menunjukkan kawasan gegaran yang berpunca daripada pelancaran bom hidrogen oleh Korea Utara pagi semalam. foto Agensi

KUALA LUMPUR – Malaysia dengan sekeras-kerasnya mengutuk ujian nuklear yang dilakukan oleh Korea Utara semalam.

Ujian negara republik itu merupakan ujian kali keenam sejak ujian pertamanya dilaksanakan pada tahun 2006.

“Tindakan Korea Utara adalah pencabulan yang jelas terhadap Resolusi-Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Tindakan bersifat provokatif ini merupakan ancaman yang serius kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa,” kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, Malaysia amat kesal dengan insiden terbaharu ini yang hanya akan mengeruhkan lagi situasi yang sedia tegang di Semenanjung Korea dan rantau tersebut secara keseluruhannya.

Sehubungan itu, Malaysia menggesa Korea Utara menghentikan sebarang ujian lanjut serta program nuklear dan peluru berpandu balistiknya.

Malaysia juga menegaskan Pyongyang perlu mematuhi sepenuhnya obligasi antarabangsa demi memelihara keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast