KUALA LUMPUR – Selain khidmat urut batin yang ‘berselindung’ disebalik premis berlesen ramai lelaki hidung belang mencarinya melalui aplikasi media sosial.

Teknologi itu menjadikan urusniaga menjadi mudah dan senang termasuk bagi melakukan maksiat.

Melalui tinjauan yang dibuat wartawan Malaysia Gazette menggunakan aplikasi Wechat, bukan hanya wanita yang menawarkan khidmat seks.

Ada juga akaun dipercayai milik lelaki yang menawarkan perkhidmatan yang sama kepada wanita.

Malah ada dalam kalangan tukang urut batin itu terdiri daripada individu yang mengaku ibu tunggal dan menjalankan perkhidmatan mereka di rumah dan bilik sewa masing-masing.

Purata caj yang dikenakan untuk khidmat urut ping pong atau batin, RM100 sejam manakala bagi khidmat seks pula antara RM150 hingga RM200.

Semalam, Malaysia Gazette mendedahkan kisah seorang ibu tunggal anak empat yang mendakwa menerima pendapatan lumayan gara-gara menawarkan urut ping pong dan seks dipremis urut di Nilai.- MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/blog/2017/09/04/jasmine-urut-ping-pong-demi-tampung-anak/

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast