Home Utama Keputusan siasatan dalaman FGV minggu depan

Keputusan siasatan dalaman FGV minggu depan

KUALA LUMPUR – Keputusan prosiding siasatan dalaman terhadap Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), Datuk Zakaria Arshad dan tiga yang lain akan diumumkan awal minggu depan.

Panel bebas yang bermesyuarat hari ini tidak dapat mengumumkan keputusan itu berikutan salah seorang daripada mereka tidak dapat hadir kerana akan ke luar negara pada petang ini.

Sehubungan itu, Zakaria dan Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd akan terus bercuti.

Manakala Datuk Khairil Anuar Aziz akan terus bertugas sebagai Pegawai Bertanggungjawab FGV dan Aznur Kama Azmir pula sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Interim sehingga satu pengumuman dibuat oleh lembaga pengarah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast