KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melanjutkan tarikh tutup permohonan murid ke Tingakatan Satu Sekolah Seni Malaysia (SSeM) bagi pengambilan tahun 2018 dilanjutkan semula.
Dalam satu kenyataan hari ini, KPM berkata tarikh tutup baharu permohonan ke Tingkatan Satu SSeM telah dilanjutkan kepada 15 September ini.
“Sukacita dimaklumkan bahawa KPM telah melanjutkan tarikh permohonan murid ke Tingkatan 1 SSeM bagi tahun 2018.
“Untuk makluman pihak, sistem SSeM permohonan permohonan murid ke tingkatan satu SSeM telah dibuka pada 1 April 2017 hingga 31 Ogos 2017.
“Bagaimanapun, tarikh tutup permohonan online ini telah dilanjutkan kepada 15 September 2017 bagi memberi peluang kepada calon yang telah menduduki UPSR membuat permohonan, kata dalam kenyataan itu hari ini.
Para ibu bapa dan murid digalakkan membuat permohonan melalui online di https://essem.moe.gov.my.- MalaysiaGazette