Tan Sri Musa Hassan
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan

KUALA LUMPUR- “Gaji besar tidak menjaminkan rasuah dapat disekat,” demikian pandangan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Musa dalam posting di twitternya berkata, rasuah dapat dibendung dengan meningkatkan kesedaran rohani dan bukannya menaikkan gaji penguatkuasa.

“Orang kata gaji besar kurang rasuah adalah subjektif.

“Tingkatkan kesedaran kerohanian. Gaji besar tidak menjaminkan rasuah dapat disekat,” katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad dalam kenyataan ucapan tahniah kepada Ketua Polis Negara yang yang baharu, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun mencadangkan kerajaan supaya mengkaji semula skim gaji penguatkuasa untuk membendung gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Katanya, cadangan itu penting bagi mengelakkan anggota dan pegawai agensi penguatkuasa khususnya polis terjerumus ke dalam jenayah rasuah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast