Armand Azhar
Armand Azhar

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO Datuk Armand Azha Abu Hanifa mengecam serta membantah kenyataan Matthias Chang yang mengeluarkan kenyataan “Utamakan Allah, Bukan Utamakan Najib , Utamakan UMNO Bukan Parti UMNO”

Tambah Armand, kenyataan tersebut bersifat provokasi kerana sebagai umat Islam, mengutamakan Allah berbanding parti sudah menjadi perkara umum.

“Sebagai umat Islam adalah wajib bagi kita mengutamakan Allah SWT dalam kehidupan kita. Tetapi bagi saya bila ianya di sambung dengan kenyataan provokasi politik kebencian ini yang wajib kita sebagai umat Islam kecam dan bantah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Armand, tindakan provokasi Matthias Chang tidak ubah seperti ‘barking dog’ yang juga menjadi suruhan kepada ‘top dog’ dalam Pakatan Harapan.

Berikutan beberapa tindakan Matthias Chang sebelum ini yang dikatakan memberi imej buruk terhadap negara, Armand menggesa pihak berkuasa seperti PDRM dan SKK untuk membuat siasatan terhadap Matthias Chang.

“Barking Dog ini telah beberapa kali menjatuhkan imej dan maruah negara baik didalam dan luar negara dalam gerakan ciptaan ‘Top Dog’ bagi menghasut rakyat untuk menjatuhkan DS Najib dan Ekonomi negara.

“Matthias Chang the ‘Barking Dog’ mengeluarkan kenyataan ini sempena lawatan rasmi YAB Ds Najib ke Amerika.

“Saya harap pihak berkuasa PDRM dan SKMM boleh mengambil tindakan atas ucapan provokasi beliau yang di sebar melalui laman FB Lemuria Pohnpei bertarikh 9hb September pada jam 3.44 ptg,” katanya. – MalaysiaGazette