Home Ekonomi Shaharuddin CEO baharu BPMB

Shaharuddin CEO baharu BPMB

KUALA LUMPUR – Shaharuddin Zainuddin diumum sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Sebelum ini Shaharuddin telah menyertai lembaga pengarah sebagai pengarah bebas pada 13 Februari lalu dan pernah berkhidmat sebagai pengerusi Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan Kumpulan serta Ahli Jawatankuasa Eksekutif, Risiko Kumpulan Jawatankuasa Pengurusan dan Jawatankuasa Kredit.

Shaharuddin merupakan graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Perakaunan University of East Anglia, United Kingdom.

Beliau juga felo Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun dan mempunyai 20 tahun pengalaman antarabangsa dalam bidang perbankan dan kewangan.

“Selain itu, Shaharuddin adalah profesional pelaburan, sekuriti dan niaga hadapan yang berkelayakan dan Wakil Berdaftar Pihak Berkuasa Sekuriti dan Niaga Hadapan serta pemegang Sijil Pengurusan Pelaburan dikeluarkan oleh Pertubuhan Pengurusan Kawal Selia Pelaburan di United Kingdom,” kata BPMB. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast