Home Utama 20 guru, pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah maut dalam kebakaran

20 guru, pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah maut dalam kebakaran

Seorang anggota bomba menggulung hos paip selepas selesai kerja-kerja memadamkan api dalam tragedi yang meragut lebih 20 nyawa di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Datuk Keramat, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 14 SEPTEMBER 2017.

KUALA LUMPUR – Seramai 20 orang termasuk guru dan pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di laporkan meninggal dunia dalam kebakaran yang berlaku awal pagi ini.

Pusat Tahfiz itu terletak di Jalan Keramat Hujung, Datuk Keramat, di sini.

Sehingga berita ini ditulis, sebanyak tiga lagi mangsa dilaporkan kritikal dan dua mengalami cedera parah.

Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku pada pukul 5 pagi tadi.

Kebakaran dikatakan berlaku dari tingkat atas bangunan pusat tahfiz tersebut.  – MalaysiaGazette