Dr. Zubaidah Jamil

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta supaya tidak menularkan video dan gambar-gambar insiden kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat yang meragut 25 orang mangsa pagi hari.

“Saya dengan rendah hati memohon ahli grup tidak menyebarkan video kejadian kebakaran kepada kumpulan lain,” kata Presiden Persatuan Psikologi Klinikal Malaysia, Dr. Zubaidah Jamil Osman.

Tambah beliau, pihak Psikologi Hospital Kuala LumpurĀ  sedang menjalankan bantuan kecemasan psikologikal untuk mangsa-mangsa yang terselamat.

Tegas beliau, tindakan mana mana pihak yang menyebarkan klip video insiden kebakaran sekolah itu boleh menyebabkan trauma kepada mangsa yang selamat dan ahli-ahli keluarga mangsa kebakaran.

“Ia juga akan mengganggu mangsa-mangsa terselamat yang trauma dan dalam keadaan kritikal ketika ini,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast