Abdul Aziz Jusoh

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan mengetuai kumpulan pengurusan jenazah pelajar dan guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah yang terkorban dalam kejadian kebakaran awal pagi ini.

Pengarahnya, Abdul Aziz Jusoh berkata, jenazah akan diuruskan selepas keputusan DNA yang dijangka diperolehi esok.

Bagaimanapun, kata beliau, pasukan pengurusan jenazah Jawi sudah bersedia untuk menguruskan jenazah berkenaan bermula tengah hari tadi sehingga urusan itu selesai.

“Sama-sama kita doakan agar segala urusan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, petang ini. – MalaysiaGazette