Kaum keluarga menyiram air di pusara.

KUALA LUMPUR – Jenazah empat pelajar tahfiz yang terkorban dalam insiden kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di sini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang di sini pada pukul 8.30 malam ini.

Dua beradik Azkar Abiedi F. Zaska, 11 dan Azkar Dariemi F. Zaska, 8, serta sepupunya Muhammad Afiq Haqimie Hairulizwan, 11 yang merupakan jenazah terawal tiba dikebumikan di dalam satu liang lahad.

Sementara seorang lagi Nik Muhammad Ridzuan Nik Azalan, 12, dikebumikan secara berasingan di tanah perkuburan yang sama.

Keempat-empat jenazah dibawa ke tanah perkuburan di sini dengan van secara berasingan yang mana jenazah Azkar Abiedi, Azkar Dariemi, dan Muhammad Afiq Haqimie tiba pada pukul 6.27 petang manakala jenazah Nik Muhammad Ridzuan pula tiba pada pukul 7.52 malam.

Dianggarkan kira-kira 300 orang terdiri daripada keluarga, sanak saudara, kenalan dan orang ramai menghadiri upacara pengebumian itu.

Jenazah Azkar Abiedi, Azkar Dariemi dan Muhammad Afiq Haqimie ditalkinkan oleh Imam Surau Rajaiyah Kampung Baru, Giman Awang manakala jenazah Nik Muhammad Ridzuan Imam Masjid Kampung Baru Mohd Khairul Ridwan Mohd Fadzil. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast