Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib selepas diumum masuk semula UMNO pada sidang media khas UMNO, turut kelihatan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto MALAYSIA GAZETTE, 17 SEPTEMBER 2017.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib kembali menyertai UMNO setelah lima tahun meninggalkan parti itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara itu dalam sidang akhbar khas di Ibu Pejabat UMNO, di sini petang ini.

Beliau berkata, Muhammad yang sebelum ini menyertai Pas dan kemudiannya PKR, kembali ke pangkuan UMNO setelah menyedari bahawa perjuangan parti pembangkang khususnya PKR adalah sia-sia serta memiliki semangat yang sangat bertentangan dengan jiwa dan yang ada pada diri beliau.

“Bekas Naib Presiden UMNO dan pemimpin tertinggi UMNO dan kerajaan ini, saya yakin dan percaya penyertaan semulanya mengukuhkan UMNO dan beliau berikrar berjuang bersama bagi menjamin kejayaan UMNO dan BN,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast