Home Ekonomi Penyertaan tenaga buruh negara susut bulan Julai lalu

Penyertaan tenaga buruh negara susut bulan Julai lalu

KUALA LUMPUR – Jumlah penyertaan tenaga buruh negara pada bulan Julai 2017 adalah 67.7 peratus atau turun 0.1 mata peratus kepada 14.497juta berbanding 14.519 juta pada bulan sebelumnya.

Manakala kadar pengangguran pada tempoh yang sama pula 3.5 peratus, meningkat 0.1 mata peratus berbanding bulan Jun 2017.

Perbandingan tahun ke tahun, kadar pengangguran tidak menunjukkan perubahan.

Jabatan Perangkaan dalam kenyataanya berkata, seramai 32.3 peratus atau 7.15 juta daripada penduduk umur bekerja 15 hingga 64 tahun berada di luar tenaga buruh iaitu sebagai suri rumah, pelajar, pesara, hilang upaya dan tidak berminat untuk bekerja. – MalaysiaGazette