Home Nasional Tidak boleh anjur Better Beer Festival – DBKL

Tidak boleh anjur Better Beer Festival – DBKL

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menolak permohonan penganjuran ‘Better Beer Festival 2017’ yang dirancang diadakan di Solaris Damansara pada 6 hingga 7 Oktober ini di Solaris Damansara di sini.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khalid Zakaria, berkata, DBKL telah menerima permohonan berkenaan pada 28 Ogos lalu.

Bagaimanapun, DBKL telah menolak permohonan aktiviti berkenaan.

“Permohonan aktiviti itu pada tempat, masa dan tarikh yang dinyatakan tidak diluluskan,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, sekiranya penganjur meneruskan aktiviti tersebut, DBKL akan mengambil tindakan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada. – MalaysiaGazette