Iskandar A. Samad

KUALA LUMPUR – DAP Selangor, melalui sayap parti itu, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), mendesak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar menukar portfolio exco Pas ke portfolio yang lain.

Datuk Iskandar Abdul Samad yang kini memegang portfolio penting dalam kerajaan negeri, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar dicadangkan supaya ‘diturunkan’ ke portfolio Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi.

“DAPSY Selangor menyeru Menteri Besar agar memberikan sedikit tekanan kepada Pas dengan merombak portfolio exco Negeri Selangor.

“Menurunkan exco kanan Pas ke Potfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi berbanding sekarang yang memegang jawatan exco kanan yang penting sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar,” katanya Setiausaha DAPSY, Mohammad Firdaus Babh.

Ia ada kaitan dengan tindakan Pas Selangor yang mengulangi pendirian mereka untuk bertanding di 42 kerusi dari 56 buah kerusi DUN Selangor.

Tindakan tersebut secara jelas, menurut Firdaus, menunjukkan Pas mahu membantu UMNO untuk merampas kerajaan Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

“Pas Selangor melalui kenyataan persuruhjayanya (Sallehin Mukhyi) berterusan mencabar Kerajaan Pakatan Harapan Selangor dengan mengeluarkan kenyataan media untuk bertanding di 42 kerusi dari 56 buah kerusi DUN Selangor.

“Secara tidak langsung, tindakan ini menunjukkan Pas bersikap talam dua muka yang cenderung membantu UMNO merampas Selangor. Pas juga melalui kenyataan pimpinan mereka, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pernah menyatakan tindakan Pas kekal dalam kerajaan Selangor adalah untuk mengekalkan kestabilan kerajaan Selangor.

“Tetapi tindak tanduk Pas menunjukkan sebaliknya dengan ada usaha cuba mensabotaj Kestabilan kerajaan Negeri Selangor,” dakwanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. 42 tak banyak lah . beri lah dia tanding semua sekali sebab dia bukan pakatan dia bebas lah apa nak takut kalau dia menang pun sama juga umno yang menang . . tengoklah pilihan rakyat siapa yang dia pilih

Comments are closed.