SEKINCHAN – Pengerusi Barisan Nasional Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos memakai tali leher sambil menjual ikan pada harga murah kepada orang ramai di sini hari ini.

Mesejnya, beliau mahu kakitangan kerajaan dan pihak terlibat dalam urusan bekalan ikan membendung masalah peningkatan harga ikan di negara ini.

“Ikan kembung mencecah sehingga RM18 sekilo bersaiz sederhana, ikan Cencaru mencecah sehingga RM11 sekilo, ikan pelaling atau sardin pula mencecah sehingga RM15 sekilo.

“Oleh itu kami telah mengambil langkah ingin menunjukkan kepada masyarakat bahawa sebenarnya harga ikan yang datang daripada nelayan-nelayan bukanlah harga semahal yang disangkakan,” ujarnya ketika ditemui media hari ini.

Selain itu, Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar juga mendakwa masalah sikap sesetengah pengusaha ikan yang dimonopoli individu penyokong DAP juga punca kenaikan harga ikan.

“Pengusaha-pengusaha ikan yang dimonopoli oleh tauke-tauke DAP yang sengaja menaikkan harga secara mendadak untuk menaikkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan bertujuan untuk menang pada PRU-14 yang akan datang,” dakwanya.

Pada tadi, UMNO dan Barisan Nasional Sungai Besar telah mengadakan satu program jualan ikan yang murah sehingga mendapat sambutan sehingga sebanyak 2, 200 kilogram ikan berjaya dijual dalam tempoh tiga jam sahaja.

“Jadi kalau pegawai-pegawai ini dapat mengawal harga seperti ikan kembung yang berada pada paras RM10 dan kebawah itu adalah satu yang munasabah tetapi kalau sudah mencecah RM18 sehingga RM20 ini adalah satu perkara yang perlu diberikan perhatian yang tinggi,” kata Jamal lagi.

Justeru, beliau menasihatkan para peniaga ikan supaya jangan mengambil mudah seperti membeli ikan melalui orang tengah dan kalau boleh membelinya sendiri daripada nelayan kerana harganya jauh lebih murah.

Jamal memberitahu harga-harga ikan seperti ikan yang diambil untuk menjayakan program itu hanyalah sekitar RM3 sehingga RM5 sekilo sahaja daripada nelayan.

“Jadi cukup mustahil jika ikan-ikan ini dijual dipasaran pada harga berbelas ringgit yang tidak munasabah,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. bagus lah tu tapi tak kan sekali saja buat . macam nak tunjuk lagak je. buat lah hari hari . rakyat makan tiap hari. bukan sekali setahun .

  2. pemuda umno bolih buat setiap daerah yang ada cawangan umno . tiap hari lah baru lah umno bolih menang bergaya pru14 nanti

  3. Pemimpin yg suka menunjuk n riaq dgn apa yg dilakukan mcm mat ghadeen ni bnyk dkt jalanan.Sepatutnya perlu ikhlas dlm segala tindakan atau bantuan yg dilakukan thdp rakyat.Jadi pemimpin yg matang. Rakyat tahu pemimpin sebagaimana yg jujur dlm tindakannya..Perlu berlajar tatasusila utk menjadi pemimpin yg ikhlas n jujur…Segalanya Allah taala yg menentuka.RAKYAT MUAK PEMIMPIN YG SEBEGINI….

Comments are closed.