Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Datuk Rohana Yusof bercakap semasa sesi sidang media mengenai Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya di Kampus Universiti Malaya, Petaling Jaya. foto FAREEZ FADZIL, 25 SEPTEMBER 2017

KUALA LUMPUR- Seramai 74 calon bagi kawasan fakulti, pusat dan akademi dan kawasan umum memberi persaingan untuk pemilihan ahli baharu dalam Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM) pada 28 September ini.

Pada tahun ini, jumlah pengundi yang layak mengundi meningkat kepada 13,804 orang berbanding 11,994 pada tahun lepas.

Timbalan Naib Canselor UM, Prof. Datuk Dr. Rohana Yusof mengumumkan calon-calon boleh memulakan kempen sehingga tengah malam pada 27 Julai.

Beliau mengumumkan seramai 55 calon bertaruh untuk kawasan fakulti, pusat dan akademi dalam pilihanraya kampus berkenaan.

Manakala sebanyak 19 lagi bagi kawasan umum, katanya.

“Tahun ini banyak pelajar yang ingin menjadi pemimpin.Kita lihat bilangan yang mewakili fakulti ramai.

“Ini sesuatu yang amat sihat, pelajar rasa dia boleh jadi seorang pemimpin.

“Kita pun di sini untuk membangunkan pelajar menjadi pemimpin masa hadapan,” ujarnya dalam sidang selepas tamat majlis penamaan calon di Perdanasiswa UM di sini hari ini.

Sebanyak 40 kerusi dipertandingkan iaitu 32 kerusikawasan fakulti, pusat dan akademi dan lapan kawasan umum.

Sebilangan pelajar semasa sesi pendaftaran penamaan calon bagi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya di Kampus Universiti Malaya, Petaling Jaya. foto FAREEZ FADZIL, 25 SEPTEMBER 2017

Rohana juga menyifatkan keadaan hari penamaan calon hari ini  tenang namun meriah dengan kehadiran penyokong bagi calon masing-masing.

Sebelum itu, wakil pro-aspirasi mencatat kemenangan selesa tahun lalu apabila memperoleh 29 daripada 40 kerusi. – Malaysia Gazette