Home Dunia PBB beri taklimat Myanmar Khamis ini

PBB beri taklimat Myanmar Khamis ini

NEW YORK – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres secara terbuka akan menyuarakan pandangan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis ini.

Mesyuarat mengenai keganasan di Myanmar yang telah digambarkan sebagai pembersihan etnik itu diadakan selepas tujuh negara anggota memohon ia dibuat.

Sebagai persediaan untuk mesyuarat umum itu, PBB akan diberi taklimat tertutup pada hari Selasa oleh ketua hal ehwal politik badan itu, N. Jeffrey Feltman, kata diplomat.

Sekitar 436,000 umat Islam Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh sejak 25 Ogos berikutan serangan oleh militan Rohingya ke atas pasukan keselamatan Myanmar.

Pasukan keselamatan kemudian didakwa membalas serangan itu dengan melakukan keganasan ke atas penduduk Rohingya termasuk membunuh dan membakar kediaman mereka di Rakhine.

Presiden Amerika Syarikt, Donald Trum, mahu Majlis Keselamatan PBB mengambil tindakan tegas dan segera untuk mengakhiri keganasan itu.

Negara-negara itu ialah Sweden, Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Mesir, Senegal dan Kazakhstan.

Diplomat berkata, Majlis Keselamatan boleh mempertimbangkan untuk menerima kenyataan rasmi jika keadaan tidak bertambah baik tetapi China dan Rusia mungkin tidak bersetuju dengan tindakan lebih tegas yang memerlukan penggunaan resolusi veto.

Resolusi Majlis Keselamatan memerlukan sembilan undi yang menyokong dan tidak ada veto oleh Rusia, China, Amerika Syarikat, Britain dan Perancis.

Myanmar berkata, negara itu sedang berunding dengan kuasa veto China dan Rusia untuk memastikan Myanmar akan dilindungi daripada sebarang tindakan Majlis Keselamatan. – MalaysiaGazette