Lakaran artis bangunan Merdeka PNB118

PUTRAJAYA – Tidak ada sebarang perubahan dalam projek pembinaan bangunan Merdeka PNB118.

Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, projek itu diteruskan seperti yang dirancang dan ia dijadual siap dalam tempoh empat tahun lagi.

“Apabila rekaan sesebuah bangunan itu telah dibuat dan projeknya telah berlangsung, sebarang perubahan tidak boleh dilakukan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Abdu Wahid berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada PNB akan mengurangkan jumlah tingkat bangunan itu yang dirancang setinggi 118 tingkat.

Malah, katanya, PNB juga sudah memilik kontrak utama bagi projek yang menelan kos sebanyak RM5 bilion itu.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad percaya Merdeka PNB118 tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan penyewa meskipun pasaran semasa menghadapi lebihan bekalan untuk ruang pejabat.

Keyakinan itu berdasarkan Merdeka PNB118 adalah salah sebuah bangunan ikonik di negara ini.

“Bangunan yang bertaraf ikonik selalunya unik dan sentiasa mempunyai permintaan,” ujarnya.

Merdeka PNB118 yang dibina berhampiran Stadium Merdeka dan Stadium Negara bakal menjadi bangunan kelima tertinggi di dunia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast