KECOH baru-baru ini apabila Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) tentang menentang hak dispensari yang diberi kepada doktor perubatan dan ahli farmasi oleh Kementerian Kerajaan Malaysia dalam draf rang undang-undang farmasi yang akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.

Menurut mereka, hak dispensari harus diberi hanya kepada ahli-ahli farmasi.

Hal ini telah diperbincangkan oleh semua pihak yang terlibat sedikit masa dulu dan telah diputuskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketetapan yang dibuat oleh KKM itu bertujuan untuk memberi yang terbaik kepada rakyat Malaysia.

Sebagai satu kementerian yang kerap memenangi tempat pertama dalam ‘health tourism’ (pelancongan kesihatan ) di dunia sudah semestinya ia membuat keputusan terbaik dengan mengambil kira kepentingan semua dan.

Paling penting dan utama keputusan itu tidak menyusahkan rakyat.

Antara yang dibangkitkan adalah hak memberi preskripsi kepada pesakit dan tiada pemantauan daripada ahli-ahli farmasi dalam pemberian ubat-ubatan.

KKM telah memutuskan bahawa pesakit berhak untuk memilih rawatan sama ada mengambil ubat dari premis klinik ataupun farmasi adalah satu keputusan yang adil.

Ianya akan memudahkan pesakit kerana mereka tidak perlu pergi ketempat lain untuk mendapatkan ubat.

Dalam keadaan yang tidak sihat sudah semestinya pesakit sukar untuk bergerak banyak tempat.

Jika di hospital sekali pun, pesakit dapat mengambil ubat dalam kawasan hospital berkenaan demi memberi keselesaan kepada pesakit tanpa perlu bergerak jauh ke bangunan lain yang berjauhan.

Apabila ia melibatkan premis swasta – antara klinik dan farmasi, faktor kos akan menjadi masalah kepada pesakit yang terpaksa membayar dua tempat yang berbeza.

Penentangan terhadap keputusan KKM telah menimbulkan kemusykilan, seolah-olah terdapat satu kuasa di belakang MPS yang bersungguh-sungguh mahukan pengasingan dispensari berlaku.

Dengan menidakkan pengasingan dispensari sebenarnya mengawal harga ubat daripada melambung tinggi akibat kesan monopoli, yang mana klinik dan farmasi perlu pastikan harga ubat tidak tinggi.

Pendekatan halus ini juga bertujuan memastikan pelanggan mereka tidak ‘lari’.

Mengenai hak mengeluarkan preskripsi kepada pesakit, KKM telah menetapkan pesakit mempunyai hak untuk dapatkan preskripsi bukannya ia mewajibkan.

Apabila pesakit diberikan pilihan untuk mendapatkan ubat, sudah semestinya mereka akan memilih untuk mendapatkannya di klinik-klinik kerana ia lebih praktikal.

Malah, jika satu preskripsi dikeluarkan, apakah jaminan yang preskripsi yang sama tidak digunakan secara berulang?

Mengunakan preskripsi yang sama secara berulang akan membahayaan pesakit kerana setiap sakit adalah tidak sama dari masa ke semasa, lantaran itu doktor perlu memeriksa pesakit terlebih dahulu sebelum memberi rawatan.

Sebenarnya ubat bukan penyembuh sesuatu penyakit.

Ini juga menjelaskan profesion sebagai seorang doktor itu penting dalam penyembuhan sesuatu penyakit.

Untuk menjadi seorang doktor, mereka perlu harus melengkapkan dirinya dengan ilmu perubatan secara menyeluruh.

Tahu sakitnya, apa ubatnya, tahu cara mencegahnya penyakit, tahu pemakanan yang sihat, cara senaman yang betul dan mengetahui proses dan pemulihan penyakit melalui emosi.

Mengetahui kesan ubat sahaja, seorang ahli farmasi tidak boleh merawat pesakit, oleh sebab itu adalah berbahaya jika pesakit hanya ke farmasi untuk dapatkan rawatan dengan membeli ubat.

Pelbagai contoh telah diberi seperti pesakit pergi ke farmasi kerana demam dan diberi ubat demam tanpa mengetahui punca demam itu. Itu sangat berbahaya kerana mendedahkan pesakit kepada pelbagai kemungkinan.

Jika demamnya tidak sembuh dan baru hendak ke klinik, pada masa itu mungkin pesakit dikesan denggi, zika ataupun H1N.

Lebih buruk lagi, jika keadaan sudah terlewat untuk mendapat rawatan dan nyawa pesakit mungkin dalam bahaya.

Pada tahun lepas peratus pesakit denggi yang mengalami kematian melonjak, tidak mustahil disebabkan tindakan pesakit hanya mengambil ubat tanpa rawatan daripada doktor.

Kenapa saya katakan ubat bukanlah penyembuh penyakit? Ini kerana setiap penyakit berpunca daripada pelbagai kemungkinan dan ianya hanya boleh ditentukan oleh doktor yang merawat.

Manusia akan mendapat sakit jika ketahanan tubuh kita rendah.

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan ketahanan tubuh itu rendah – mungkin mengalami masalah tekanan, ataupun terdedah kepada cuaca yang tidak menentu, pengambilan makanan yang tidak sihat dan faktor kurang cergas atau kurang tidur.

Semua faktor di atas hanya dapat diketahui jika kita mendapat rawatan doktor.

Mempercayai ubat semata-mata untuk sesuatu rawatan adalah membahayakan diri sendiri.

Sebagai contoh yang lazim adalah rawatan kencing manis (diabetes). Apabila kita berjumpa doktor untuk rawatan tersebut, doktor akan memberi nasihat tentang perubahan gaya hidup agar pesakit dapat sembuh daripada penyakit tersebut.

Tetapi jika pesakit tidak mendapatkan rawatan dan nasihat doktor dan sekadar bergantung kepada ubat-ubatanyang dibeli dari farmasi, ianya akan memberi kesan buruk.

Ia boleh berlaku jika terdapat ahli farmasi yang meningkatkan dos ubat tanpa pengetahuan doktor.

Pesakit juga bukan saja tidak sembuh malah berisiko mengalami komplikasi lebih teruk.
Ketika ini, sesalan tidak lagi berguna kerana ahli-ahli farmasi tersebut tidak akan bertanggungjawap dengan apa yang berlaku kepada pesakit.

Terdapat satu lagi contoh yang mana pengetahuan tentang satu ubat tidak menyembuh pesakit malahan mungkin memudaratkan jika diambil pada masa yang lama.

Ubat cecair putih yang digunakan untuk merawa sakit gastrik. Jika diambil ketika sakit sahaja maka ia dapat mengurangkan sakit perut. Tetapi jika diambil berterusan tanpa pengawasan maka menyebabkan pertahanan tubuh yang mengelak pathogen bahaya daripada memasuki badan terhapus melalui meneutralkan asid perut .

Pesakit tersebut mungkin mengalami penyakit lain seperti serangan kuman dalam darah dan menyebakan keadaan pesakit lebih terdedah kepada penyakit lain pula.

Ini tidak termasuk penggunaan ubat steroid yang berleluasa yang mudah didapati di farmasi tanpa perlu jumpa doktor.

Mungkin ramai yang tidak tahu pengunaan steroid berpanjangan akan menyebabkan kerosakan organ dalaman yang serius dan ini sudah semestinya tidak diberitahu oleh ahli farmasi yang tiada menyimpan rekod pesakit.

Jadi pada pendapat saya tidak perlulah lagi MPS bersama CAP meluahkan ketidakpuasan hati kerana keputusan KKM mengambil kira kesejahteraan rakyat untuk jangka panjang. – MalaysiaGazette

Ahmad Shukri Ismail

Penulis adalah Presiden Persatuan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. BETUL UBAT BUKAN SEMATA2 untuk semboh dari penyakit, sebenarnya ramai pesakit semboh dari penyakit dari tindakan 80% BUKAN UBAT atau nasihat berterusan dari Doktor perubatan berdaftar juga kerjasama pakar dlm pemulihan, permakanan, sukan , pakar bedah , Pakar psychologist, psychiatric juga amalan ibadah dlm agama dapat mencegah atau memulihkan penyakit, selain itu Doktor perubatan intergratif dan functional juga amat membantu seperti di Amal di luar negara sekarang ini.

  2. Pergi klinik utk rawat demam, doktor check n tanya dapat history pesakit kemudian bg Ubat demam serta simptom2 lain cth selesma utk 2-3 hari, dgn peringatan kalau x ok dtg balik…also dpt mc…bayar 30-50 maybe lebih…

    Pergi farmasi utk beli ubat demam, juga ahli farmasi berdaftar consult dan dptkn history kemudian dispense ubat ikut simptom, utk 2-3 hari, juga dgn peringatan kalau x ok juga pergi jumpa doktor utk further check up, takut something serious…juga nasihat2 lain berkaitan cth bykkan minum air kosong dan makan vitamin c utk boost up immune system… Tak dpt mc…bayar rm1.50 utk generic pcm tab sekeping 10biji, Ubat selsema rm3.00 (yg mengantuk pun ok, patient nak rehat), also mayb cool fever patch rm4.50 utk 2keping, plus tab vitamin c 10biji repacked utk rm6.00..total rm15.00

    Consumers what say you?

  3. Sgt memalukan bg presiden perdim utk membuat tuduhan rambang yg ahli farmasi tidak arif dlm kaunseling penyakit chronic serta pharmaceutical care issues berkaitan cthnya diabetes, dan sesuka hati menaikkan dos ubatan pesakit. Ini pernyataan katak bawah tempurung… Tolong visit any pharmacy near you n honestly rate the service and pharmaceutical care given and i remind you again please be honest…

    Membuat pernyataan dangkal drpd andaian kamu semata2 menjadikan artikel kamu sgt2 berat sebelah dan tidak menggambarkan situasi sbnar…at least berikan study data yg menunjukkan pharmacists are to be blamed – sbb apa yg saya hairan kami d bidang community pharmacy mempunyai ramai regular customers yg mencatat perubahan quality of life yg signifikan hasil intervensi kami secara farmaseutikal juga perubahan cara hidup di sepanjang career kami… alhamdulillah remembering their smiles is rewarding enough to brush ur negative and misleading comments off my shoulder

Comments are closed.