Dele Alli

LONDON Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) mengenakan penggantungan satu perlawanan ke atas pemain tengah Engladn, Dele Alli.

Pemain Tottenham Hotspur itu didapati bersalah membuat isyarat lucah ketika saingan kelayakan Piala Dunia bertemu Slovakia awal bulan lalu.

Isyarat tersebut dilakukan Alli ketika aksi kemenangan 2-1 ke atas lawannya namun sebelum itu dia dikatakan tidak berpuas hati dengan pengadil Clement Turpin.

Dia dirakam melakukan perbuatan itu namun dia mendakwa isyarat lucah tersebut sebagai gurauan kepada rakan sepasukannya Kyle Walker.

 Alli bernasib baik kerana boleh dikenakan penggantunggan sehingga empat perlawanan.

Menurut kenyataam Fifa, biarpun isyarat itu didakwa kepada rakannya, ia tetap salah.

Alli terlepas perlawanan bertemu Slovenia di Stadium Wembly pada 5 Oktober ini. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast