Hamidah Osman

KUALA LUMPUR – Selepas satu jam pendedahan dibuat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung pihak-pihak tertentu yang cuba memberikan sogokan terhadapnya, Ketua Pemuda Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mungkin berdepan tindakan saman di atas keberaniannya itu.

Menerusi status terbaru di Facebook, bekas Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman berkata, beliau akan mendapatkan khidmat nasihat daripada peguamnya sebelum mengambil tindakan terhadap Syed Saddiq yang telah mengaitkan dirinya dalam pendedahan yang buat.

“Kalau dah ada bukti nak dedah-dedahlah, tapi tak perlulah nak buat tuduhan sewenang wenangnya dan menipu dengan meletakkan status kat FB macam ni.

“Lepas tu kaitkan nama saya untuk menampakkan saya juga telah dibeli.

“Saya akan berhubung dengan peguam saya untuk meminta nasihat dan pandangan untuk saya bertindak selanjutnya,” tulisnya.

Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebooknya, Syed Saddiq turut mengaitkan nama Hamidah termasuk Anina Saadudin yang dibeli oleh individu tertentu menerusi satu kumpulan yang diistilahkannya sebagai “rangkaian sistematik dedak”.

Syed Saddiq mendakwa, rangkaian itu cuba mengumpannya dengan wang berjumlah RM5 juta yang akan digunakan untuk menyambung pengajiannya di peringkat sarjana di Universiti Oxford di London.

Malah beliau mendakwa, individu terbabit yang merupakan orang kanan kepada seorang pemimpin tertinggi negara turut menawarkan kepadanya geran-geran yang berjumlah jutaan ringgit untuk membuka sekolah debat di seluruh Malaysia. – MalaysiaGazette

Syed Saddiq dakwa ‘diumpan’ RM5 juta tinggalkan PPBM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

Comments are closed.