Pengarah Strategik PAP, Ramesh Rao Krishnan Naidu

KUALA LUMPUR – “Saya kembali ke MIC bukan untuk jawatan tetapi demi untuk kembalikan keyakinan kaum India terhadap BN.”

Itu penjelasan Presiden Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao dalam status media sosialnya hari ini.

Selain itu, melalui MIC, Ramesh juga mahu menafikan dakwaan Hindraf terhadap kerajaan dan mahu menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau sebelum ini merupakan ahli DAP namun keluar daripada parti itu selepas tidak berpuashati dengan kepimpinan Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng.

Menerusi PMSP, Ramesh dan kumpulan aktif membongkar kes dan isu membabitkan pembangkang termasuk mengkritik Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.