Sam Allardyce. Foto chroniclelive.co.uk.
Sam Allardyce. Foto chroniclelive.co.uk.

LONDON –  Persatuan Bola Sepak England (FA) bakal berdepan saman daripada Sam Allardyce kerana memecatkannya sebagai pengurus England pada September 2016.

Peguam bekas pengendali West Ham dan Sunderland itu dilaporkan telah mengeluarkan notis tuntutan kepada FA.

Notis itu mendakwa cara persatuan itu mengendalikan situasi itu setahun yang lalu telah menjejaskan reputasi Allardyce dan diserahkan kepada Eksekutif FA, Martin Glenn dan Pengerusi Greg Clarke.

Allardyce dipecat berikutan pendedahan seorang wartawan The Telegraph yang melakukan penyamaran untuk laporan eksklusif akhbar tersebut berhubung rundingan membabitkan perjanjian selama setahun bernilai 400,000 pound (RM2.1 juta) dengan wakil sebuah syarikat dari Asia Timur.

Malah Allardyce juga didakwa mendedahkan cara melepasi undang-undang FA dalam hal perpindahan pemain.

Susulan pendedahan itu, FA mendapat tempias dengan dakwaan salah laku membabitkan Allardyce menyebabkan satu mesyuarat tergempar telah diadakan.

Allardyce dan peguamnya mempunyai keseluruhan transkrip rakaman video antara dirinya dan juga wartawan yang menyamar sebagai ahli perniagaan serta percaya dia tidak bersalah.

Pengendali berusia 62 tahun itu juga mendakwa dia tidak memberitahu wartawan tersebut bagaimana untuk melepasi undang-undang FA.

Malah katanya, rakaman itu membuktikan dia tidak bersalah atas tuduhan pemecatan persatuan tersebut.

FA didakwa masih belum menjawab surat tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast