Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam (dua kanan) ketika melawat tapak Projek Tambahan Blok Baharu (Kompleks Endokrin) Hospital Putrajaya di Presint 7, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 05 OKTOBER 2017

PUTRAJAYA – Jumlah pesakit berkaitan endokrin di negara ini berjumlah 3.45 juta orang terutama pesakit diabetes manakala satu hingga dua peratus rakyat Malaysia mengalami masalah thyroid yang ketara.

Jumlah itu dilihat meningkat saban tahun dan masalah yang sama akan dapat ditangani dengan inisiatif penubuhan Kompleks Endokrin di Hospital Putrajaya tidak lama lagi.

Menteri Kesihatan, Datuk Sri Dr. S. Subramaniam berkata, kompleks yang dijangka disiap pada Januari tahun 2020 itu bakal menelan belanja RM365 juta.

“Kompleks ini merupakan Kompleks Endokrin pertama di Malaysia dengan terdirinya bangunan ini, ianya bakal menjadi pusat rujukan kepada pesakit-pesakit endokrin, pembedahan endokrin dan pembedahan neuro-endokrin.

“Disamping itu kompleks ini juga akan menjadi pusat penyelidikan dan bakal menjadi sebuah institusi bagi melatih dan menghasilkan lebih ramai pakar endokrinoligi sama ada dalam perubatan mahu pun bidang pembedahan,” jelas Subramaniam.

Kompleks itu bakal memuatkan sebanyak 220 buah katil dan klinik pakar yang mampu menampung lebih 500 pesakit dalam satu masa.

Terdapat dua bangunan dalam kompleks berkenaan yang setiap satu berkeluasan 4,500 kaki persegi dan 9,000 kaki persegi.-MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast