Home Nasional Kerja-kerja tebatan banjir di susur Akleh

Kerja-kerja tebatan banjir di susur Akleh

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan memulakan kerja-kerja tebatan banjir di susur keluar Jalan Tun Razak.

Berikutan itu penutupan sementara jalan susur keluar ini secara berperingkat telah bermula pada 6 Oktober 2017 sehingga 3 November 2017 dari pukul 10 malam hingga 4 pagi, menurut Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk mengguna laluan alternatif ke Jalan Tun Razak menerusi Jalan Ampang dan Jalan Yap Kwan Seng. Untuk ke Jalan Sultan Ismail atau ke Pusat Bandar Kuala Lumpur, pengguna dinasihatkan untuk mengguna Jalan Raja Abdul Aziz dan Jalan Raja Abdullah.

Pengguna lebuh raya boleh mengikuti maklumat trafik terkini di Twitter – @AKLEHtrafik atau sebarang pertanyaan, pengguna diminta menghubungi talian bebas tol 1-300-88-1012. – MalaysiaGazette