KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Rozita Che Wan reda apabila ditipu RM50,000 oleh seorang usahawan berpangkat Datuk tahun lalu.
Mendedahkan kejadian itu, Rozita atau lebih popular disapa Che Ta memberitahu, kerugian itu melibatkan urusan perniagaan minyak wangi.
Che Ta menambah, Datuk berkenaan adalah orang sama menipu pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sebelum ini dalam bisnes yang sama.
Akibatnya, kata Che Ta, dia kini memilih pembekal lain selepas minyak wangi jenamanya iaitu Precioutidak dapat disiapkan.
“Saya memang tidak buat dokumen hitam putih tetapi saya masih menyimpan segala bukti pembayaran.
“Rugi RM50,000 itu saya reda kerana Allah gantikan dengan rezeki lain yang lebih berganda,” katanya.
Dia ditemui pada majlis memperkenalkan dirinya dan suami, Zain Saidin sebagai duta umrah Imtiyaz Travel & Toursn Zain Saidin di sini, baru-baru ini.
Sementara itu, Che Ta bersama suami, Zain Saidin, dan anak, Aaisyah Dhia Rana, merancang untuk membawa 20 anggota keluarga ke Mekah pada Januari depan bersama agensi kembara berkenaan.
Program umrah bersamanya itu turut membuka penyertaan kepada peminat dan orang ramai. – MalaysiaGazette