Ning Baizura.

KUALA LUMPUR – Program realiti popular, Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 bakal kembali apabila teka-teki mengenai barisan penyanyi yang bakal bersaing sudah terdedah.

Ia gara-gara apabila enam nama pesertanya ‘bocor’ dalam media sosial semalam meskipun tiada sebarang pengesahan daripada pihak Astro.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang pengesahan mengenai perkara tersebut dan foto-foto tersebut juga sudah pun dipadamkan.

Antara nama yang muncul dalam senarai ‘bocor’ itu ialah Ning Baizura, Illa Sabry, Sheila Abdul, Fairuz Selamat dan Ronnie Hussein.

Selain, kumpulan trio popular Indonesia iaitu kumpulan The Lima juga turut tersenarai.

Melain foto yang tular itu, nama lain yang turut menjadi sebutan ramai ialah Daniel Lee, Ramlah Ram, Khai AF1, Fiq Halim dan Farah Diana Anuar.

Terdahulu, penyanyi Ayai llusi telah diumumkan sebagai juara pertama GV pada tahun 2014, dikuti Siti Nordiana untuk musim ke dua, Azharina (GV3) Datuk Aishah (GV4), dan Noryn Aziz (GV5).

GV6 menyaksikan kejutan apabila dua peserta diumumkan sebagai pemenang iaitu Hady Mirza & Naqiu, Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor sebagai juaran GV9 dan Juara Gegar Vaganza All Stars. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast