KUALA LUMPUR – Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bakal menganjurkan Deklamasi Puisi Malaysia Madani UKM 2026 pada 15 September ini.

Program yang berlangsung jam 2.30 petang di Panggung Seni UKM, Bangi merupakan satu inisiatif bagi mengangkat dan melestarikan seni lisan khususnya deklamasi puisi.

Ia bertujuan menyemai semangat cinta akan negara, jati diri, dan semangat patriotisme khususnya dalam kalangan generasi Z agar pemupukan minat serta rasa cinta mendalam terhadap bahasa kebangsaan dan sastera Melayu semakin kukuh selain memberikan ruang dan pendedahan kepada peserta untuk tampil beraksi di khalayak ramai dengan gaya puitis yang kreatif.

Selain berperanan sebagai bentuk platform persembahan, program itu turut menjadi serampang dua mata bagi membentuk hubungan dan jaringan kerjasama strategik antara kumpulan pemuisi nasional, Tokoh Seni, Sasterawan Negara, Alumni UKM bersama komuniti kampus sekali gus memperkukuhkan usaha melestarikan seni pengucapan sastera di peringkat lebih tinggi melalui jambatan seni dan budaya.

Pada masa yang sama, penganjur turut menyasarkan penghasilan dokumentasi serta liputan media berkaitan program ini sebagai usaha berterusan untuk mempromosikan dan memastikan kelangsungan seni deklamasi puisi sebagai warisan budaya yang bernilai tinggi yang bakal mengangkat tema “Keperwiraan Bangsa”.

Program ini dijangka menampilkan persembahan deklamasi puisi dan dendangan lagu puisi oleh Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Awang Sariyan, Sasterawan Negara Datuk Rahmah Shaari dan artis Alina Hasan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here