Home Dunia Taufan Orphelia melanda Kepulauan British

Taufan Orphelia melanda Kepulauan British

Ombak kuat mula melanda Ireland yang diancam Taufan Penduduk Kepulauan British terutama Republik Ireland diminta bersiap sedia menghadapi Taufan Orphelia. foto Agensi

DUBLIN – Penduduk Kepulauan British terutama Republik Ireland diminta bersiap sedia menghadapi Taufan Orphelia.

Republik itu juga dikeluarkan amaran angin merah kerana badai tersebut memberi risiko bahaya kepada nyawa penduduk.

Semua sekolah telah diarah tutup pada hari Isnin sebagai langkah berjaga-jaga.

Taufan itu dilaporkan bertiup lemah semasa melanda United Kingdom pada hari Isnin, selepas mengalami Great Storm pada tahun 1987.

Jabatan Meteorologi memaklumkan Taufan Ophelia kini dalam perjalanan dari Azores di Lautan Atlantik, dengan tiupan angin selaju 90 meter sejam.

Sebagai langkah persiapan, anggota tentera telah dikerahkan ke lokasi merah termasuk Wexford, Galway, Mayo, Clare, Cork, Kerry, Limerick dan Waterford.

Tambahnnya, penduduk Ireland utara juga kemungkinan akan berhadapan dengan gangguan bekalan elektrik, gelombang kuat di perairan, serpihan berterbangan dan gangguan perkhidmatan perjalanan.

Sementara itu, angin kuat pula diramal berlaku di utara England dan Wales serta sebahagian selatan dan tengah Scotland. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast