KUALA LUMPUR – Siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti individu yang bertanggungjawab menyebarkan video hubungan sulit melibatkan pegawai atasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang berkata, mereka ada menerima laporan polis dan dan menahan individu tersebut sekiranya ada keperluan berbuat demikian.
“Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan berhubung laporan itu.
“Kita sedang kenalpasti (pihak bertanggungjawab menyebarkan video) kalau perlu buat tangkapan kita akan buat tangkapan, tapi setakat ini tiada tangkapan,” kata beliau dipetik semasa sidang media selepas merasmikan Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Beliau berkata, polis akan sedaya upaya mengesan pihak yang menyebarkan video tersebut dan meminta sedikit masa diberikan untuk menyelesaikan kes tersebut.
“Bagi kita masa secukupnya untuk siasat, bukan mudah untuk kita kesan (pihak bertanggungjawab menyebarkan video), tapi kita cuba sedaya upaya,” katanya.
Terdahulu, minggu lalu Akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily, minggu lalu mendedahkan satu laporan difailkan oleh seorang ahli perniagaan berusia 37 tahun, dengan ibu pejabat polis daerah Wangsa Maju.
Pengadu mendakwa wanita itu mempunyai dua orang anak dan pasangan tersebut bercerai pada September lalu berikutan pembabitan orang ketiga dalam perkahwinan tersebut. – MalaysiaGazette
Comments are closed.