Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berucap pada perasmian syarahan umum 'International Talk on Understanding Islam in the Context of Harmony' di Daffodil International University (DIU) hari ini. Syarahan tersebut disampaikan oleh Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dihadapan kira-kira 700 orang pelajar DIU termasuk kakitangan universiti tersebut dan turut ditonton secara langsung oleh kira-kira 50,000 penonton menerusi webtv kampus. --fotoBERNAMA (2017)
DHAKA – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyatakan rasa kecewa kerana ada pihak yang menonjolkan Islam secara negatif sehingga menjadi bahan sendaan.

Baginda turut melahirkan rasa bimbang apabila segelintir masyarakat mengambil mudah untuk mendapatkan kesahihan sesuatu isu berkaitan Islam tanpa merujuk kepada sumber yang sah.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah bahawa Islam merupakan agama yang cintakan keharmonian ketika menyampaikan syarahan umum kepada pegawai dan pelajar Daffodil International University, di sini.

Hadir sama Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu berada di Bangladesh sejak Ahad lepas bagi mengetuai misi kemanusiaan membabitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pelarian.

Terdahulu baginda bersama delegasi meninjau kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar serta menyampaikan bantuan kepada mereka.

— BERNAMA



IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast