Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Bandar Baru Medan Ipoh, pada 10.30 malam, 13 Oktober lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Remaja itu boleh dipenjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Awatif Ahmad Bashir yang mewakili tertuduh memohon mahkamah agar tidak mengenakan denda tinggi memandangkan remaja itu menyesali serta memohon maaf atas perbuatannya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Irna Julieza Maaras memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal agar dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak menggunakan laman sosial sewenang-wenangnya.- MalaysiaGazette