Seorang wanita berpayung dalam hujan lebat ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette.

KUALA LUMPUR – Luruan monsun dijangka berlaku bermula esok sehingga 14 Disember ini di tujuh negeri dan berpotensi membawa hujan lebat berterusan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Mohd Hisham Mohd Anip berkata, luruan monsun berskala lemah hingga sederhana itu dijangka melanda Sabah dan Sarawak.

Ia dijangka turut melanda negeri di barat Semenanjung apabila intensiti luruan semakin kuat, dalam kenyataan MetMalaysia.

Ia dijangka menyebabkan angin kencang dan lautan bergelora di Laut China Selatan.

Selain Sabah dan Sarawak, negeri lain terlibat adaah Perlis, Perak, Kedah, Pahang dan Johor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast