Penduduk Taman Inang Sari, Durian Tunggal, Alor Gajah tidak menyangka bau kurang menyenangkan sejak lebih dua hari lalu membongkar penemuan mayat lelaki dan wanita dari sebuah kereta yang diparkir di taman itu sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

ALOR GAJAH – Penduduk Taman Inang Sari, Durian Tunggal di sini tidak menyangka bau kurang menyenangkan sejak lebih dua hari lalu membongkar penemuan mayat lelaki dan wanita dari sebuah kereta yang diparkir di taman itu.

Penduduk Muhammad Syamir Mohd Rozaman, 24, berkata, dia dimaklumkan beberapa penduduk memaklumkan mengenai bau pelik namun tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah penemuan mengejutkan itu pagi tadi.

Beliau yang juga Setiausaha Kampung Beringin berkata, sebelum kejadian, keluarga mangsa ada datang mencari kereta berkenaan, susulan seorang lelaki dan wanita terbabit dikatakan tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lalu.

Penduduk Taman Inang Sari, Durian Tunggal, Alor Gajah tidak menyangka bau kurang menyenangkan sejak lebih dua hari lalu membongkar penemuan mayat lelaki dan wanita dari sebuah kereta yang diparkir di taman itu sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

“Difahamkan ahli keluarga yang mencari mangsa selepas mereka hilang selama dua tiga atau hari lalu sebelum menemui kereta jenis Proton Preve berkenaan di sini.

“Penduduk berdekatan pun ada memaklumkan pagi tadi mereka terhidu bau yang agak kuat sejak dua tiga hari ini, tetapi mereka tidak menyangka ada mayat dalam kereta berkenaan,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di lokasi kejadian hari ini.

Terdahulu, dua mayat masing-masing seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun dan wanita tempatan berusia 31 tahun ditemukan dalam sebuah kereta jenis Proton Preve.

Muhammad Syamir berkata, mereka pada awalnya hanya menyedari terdapat seorang wanita di dalam kenderaan terbabit sebelum polis yang tiba di lokasi kira-kira jam 1.30 pagi melakukan pemeriksaan lanjut dan menemukan seorang lelaki di dalam kereta.

Muhammad Syamir Mohd Rozaman

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Shafie Manan, 71, berkata, dia hanya menyedari kejadian itu selepas terjaga daripada tidur kira-kira jam 3 pagi pagi tadi akibat terdengar bunyi siren kenderaan kecemasan.

“Saya dengar riuh, siren bomba dan ambulans. Saya bangun dan buka pintu, nampak orang ramai dan selepas pintu rumah dibuka saya terhidu bau yang kuat.

“Kawasan jalan mati depan rumah saya ini sememangnya sering dijadikan lokasi penduduk meletakkan kenderaan jadi saya tidaklah syak apa-apa sehinggalah pagi tadi.

Shafie Manan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar, mengesahkan penemuan dua mayat terbabit dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

“Maklumat lanjut termasuk identiti mangsa dan punca kematian masih dalam siasatan dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here